Skip to main content

Jangan keluar kata provokasi, kesat

PORT DICKSON 2 Okt. - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hari ini mengingatkan semua kepimpinan parti politik supaya tidak mengeluarkan kata-kata berbentuk provokasi dan kesat hingga boleh membakar semangat ahli parti pada hari penamaan calon esok.

Katanya, perkara yang sama juga perlu diberikan perhatian oleh semua pemimpin politik yang terbabit sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang sebaik sahaja selesai proses penamaan calon.

Ujarnya, beliau terpaksa memberi ingatan itu kerana SPR mahu perjalanan pilihan raya kecil kali ini bersih dan tidak dicemari perkara-perkara yang tidak diingini.

''Para pemimpin parti politik harus memainkan peranan yang sewajarnya. Dalam keadaan pilihan raya seperti ini, mereka sepatutnya menasihatkan anak buah masing-masing supaya mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR dan polis.

''Mereka perlu mengelakkan diri daripada membuat kenyataan berbentuk provokasi kerana kesannya amat buruk. SPR sebenarnya ada pengalaman di Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir yang mana terdapat salah seorang ahli parti mengucapkan kata-kata berbentuk provokasi selepas proses penamaan calon akibatnya timbul kekecohan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat pusat penamaan calon di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini hari ini.

Sementara itu Abdul Aziz berkata, pada hari penamaan calon esok setiap parti politik hanya dibenarkan membawa seratus ahli ke dalam kawasan MPPD.

Beliau berkata, pada asalnya SPR hanya benarkan 70 orang tetapi selepas parti-parti politik membuat rayuan pihaknya bersetuju meningkatkan jumlahnya kepada 100 penyokong.

''Saya amat berharap mereka yang dibenarkan masuk ke tempat penamaan calon menjaga tingkah laku masing-masing. Ini penting supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini," katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, urusan undi pos bagi anggota keselamatan dibuat secara telus dan bebas daripada sebarang penyelewengan.

''Saya amat berharap semua parti bertanding memberi kepercayaan kepada SPR dalam mengendalikan urusan undi pos. Kami menguruskannya secara profesional dan telus.

''SPR juga mahu memberi satu ketegasan bahawa anggota keselamatan kita diberi kebebasan sepenuhnya untuk memilih siapa calon mereka. Mereka tidak pernah didesak untuk memilih calon tertentu," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T