Skip to main content

Budaya Samseng Pembangkang Menular di Bagan Pinang

By administrator | Category: Berita Eksklusif

pas ganas

PORT DICKSON, 3 Okt – Pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Port Dickson tercemar berikutan tindakan samseng yang dibawa oleh para penyokong pakatan pembangkang dalam insiden yang berlaku membabitkan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu, ahli MT, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu telah diserang sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong PAS.

Insiden yang sama juga turut melibatkan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila nyaris-nyaris mengalami nasib sama ketika menuju ke pusat penamaan calon.

Abdul Azeez memberitahu bahawa beliau Ismail Sabri sedang berjalan menuju ke pusat penamaan calon apabila diserang oleh kira-kira sembilan orang lelaki yang memakai pakaian berlogo PAS.

Difahamkan juga, serangan dilakukan bukan setakat dengan cacian dan ejekan semata-mata tetapi mereka melepaskan tumbukan ke bahagian belakang lehernya hingga mengakibatkan kesakitan dan kesan kemerahan berpanjangan.

Lebih buruk lagi, tindakan tersebut turut melibatkan golongan pemimpin yang membuktikan bahawa sikap kebiadapan mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Dilaporkan juga bahawa dalam insiden berlainan seorang penyokong UMNO turut dipukul oleh penyokong PAS sehingga luka.

Apa yang pasti, tindakan tersebut mengulang kembali beberapa insiden lalu yang mana membuktikan pakatan pembangkang cenderung menggunakan tindakan ganas yakni ternyata terkeluar dari landasan ketimuran dan tuntutan agama yang seringkali diwar-warkan. - UMNO online

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T