Zulkefly yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan berkata, soal anak tempatan tidak timbul kerana beliau dilahirkan di Lenggeng, juga di negeri itu.
“Saya anak watan Negeri Sembilan,” katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon Pas menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dari BN bagi pilihan raya kecil pada 11 Oktober ini.
Zulkefly berkata, isu “anak tempatan” tidak timbul kerana Mohd. Isa yang juga Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, bukan berasal dari negeri itu sebaliknya dilahirkan di Melaka.
Bagaimanapun berbanding Zulkefly, Isa yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun sejak 1982 dibesarkan di Kampung Bagan Pinang, malah veteran UMNO itu amat disegani penduduk setempat kerana ketokohan dan keramahannya.
Zulkefly sebelum ini pernah bertanding sebanyak tiga kali pada pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008 bagi kawasan DUN Lenggeng tetapi tidak pernah menang. - Utusan
Comments
Post a Comment