Skip to main content

Malaysia contoh negara Islam terbaik

KUALA LUMPUR 2 Okt. - ''Terima kasih Malaysia. Jasa anda membantu kami tidak mungkin dapat dibalas.'' Demikian ucapan penghargaan daripada seorang ibu muda, Hameeda Hazami Frotan, 32, sebaik sahaja berjaya menamatkan Projek Pendidikan Malaysia-Australia Untuk Afghanistan (MAEPA).

Hameeda merupakan salah seorang daripada 30 guru pelatih dari Afghanistan yang bertuah apabila dipilih menyertai MAEPA iaitu program anjuran Malaysia dan Australia bagi membantu negara itu membangunkan sektor pendidikannya.

Menurut Hameeda, dia berasa amat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana diberi peluang menyertai projek selama 14 minggu yang diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) di sini.

Katanya, Malaysia adalah contoh negara Islam terbaik kepada dunia khususnya Afghanistan kerana mampu menyatupadukan rakyat berbilang kaum untuk hidup harmoni.

''Saya rasa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang baik sekali apabila berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum, sentiasa aman dan tinggi kualiti pendidikannya,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penutupan MAEPA di IPGKBA hari ini.

Majlis penutupan itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Sepanjang mengikuti latihan di IPGKBA bermula 29 Jun lalu hingga hari ini, Hameeda dan rakan senegaranya berpeluang mengikuti kursus akademik dan interaksi, menimba pengalaman di sekolah, melawat ke beberapa institusi pendidikan serta terlibat dalam aktiviti berbentuk sosiobudaya.

Seorang lagi peserta, Khalillurahman Rhyab, 32, memberitahu, peluang mengikuti program MAEPA merupakan pengalaman paling berharga bagi dirinya.

''Saya sangat gembira apabila akhirnya akan kembali ke Afghanistan dan berkesempatan mengembangkan ilmu yang dipelajari di sini untuk membangunkan bidang pendidikan di sana,'' katanya.

Rakannya, Mohammad Qahir Arrian, 26, pula berkata, keutamaan penting rakyat Afghanistan ketika ini adalah keselamatan, pendidikan dan golongan profesional.

Dia berkata, Malaysia banyak membantu Afghanistan selama ini bukan sahaja dari segi meningkatkan taraf pendidikan tetapi bidang lain seperti pembangunan semula kemudahan infrastruktur.

''Kami harap guru-guru yang menyertai MAEPA akan dapat membantu meningkatkan sistem pendidikan di Afghanistan agar setaraf dengan standard antarabangsa,'' katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T