Skip to main content

Hanya 2 calon beli borang pencalonan

PORT DICKSON 2 Okt — Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Okt ini dijangka menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Ini berikutan, hanya dua borang pencalonan dibeli oleh calon BN, Tan Sri Mohamad Isa Samad dan Zulkefly Mohamad Omar daripada PAS.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang akhbar hari ini selepas meninjau persiapan SPR menjelang penamaan calon yang akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson bermula 9 pagi esok.

Bekas anggota jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Telok Kemang Shahruddin Abdul Hamid yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya kecil itu tidak membeli borang pencalonan.

Shahruddin yang mengisytihar keluar parti hari ini bagaimanapun memberitahu BERNAMA bahawa beliau telah membeli borang itu menerusi wakilnya tiga hari lepas di Pejabat SPR Seremban.

Namun begitu Abdul Aziz menyangkal dakwaan itu dan berkata pihaknya tidak mempunyai rekod pembelian borang pencalonan oleh pihak lain setakat ini.

“Sehingga petang ini hanya calon BN dan PAS yang beli borang, calon bebas tak beli daripada kita, tak tahulah kalau dia ambil borang lain. Calon yang mahu bertanding masih boleh beli borang sebelum tempoh penyerahan borang tamat pukul 10 pagi esok,” katanya.

Mengulas mengenai hari penamaan calon esok, beliau berpuas hati dengan persiapan yang telah dibuat.

Abdul Aziz yang menjangkakan keadaan ’panas’ sepanjang tempoh penamaan calon menasihati parti-parti yang bertanding supaya tidak membawa terlalu ramai penyokong bagi mengiringi calon.

Katanya penyokong BN akan berkumpul di Pejabat Daerah Port Dickson untuk mengiringi calon ke tempat penamaan calon manakala penyokong PAS akan berhimpun di stesen Minyak Esso berhampiran dewan itu.

Beliau berkata hanya 100 penyokong setiap parti yang bertanding dibenarkan memasuki khemah di perkarangan dewan itu dan meminta semua pihak supaya tidak menimbulkan kekecohan dan mematuhi peraturan yang ditetapkkan SPR dan pihak polis. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T...

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...