Katanya, pengundi memberitahu ada pihak tertentu datang dan meminta nombor akaun bank mereka untuk dimasukkan wang dalam akaun sebelum hari pengundian sebagai tanda terima kasih kerana mengundinya.
“Ini adalah taktik kotor dimainkan untuk mewujudkan kebencian dan rasa marah pengundi kepada saya. Jika duit yang dijanjikan tidak masuk dalam akaun, sudah tentu mereka tidak akan memangkah saya,” katanya selepas melawat pasangan Zakaria Baharom, 38, dan Rosmiza Ab Malik, 32, yang menimang cahaya mata keempat 15 hari lalu di Taman Desa Rusa di sini, semalam.
"Ini bukan pendekatan saya dan BN (main taktik kotor). Saya dan BN, apabila sudah berjanji akan tunaikan. Jadi, saya tidak mahu jadi munafik kerana antara tanda orang munafik ialah apabila berjanji, mereka tidak tunaikan.
"Pembangkang hanya pandai berjanji, tetapi orang di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang boleh menilai sendiri sejauh mana mereka menunaikan janji pilihan raya umum lalu," katanya.
Mengenai kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang melabelkan beliau sebagai 'surat khabar lama' dan 'calon kitar semula' BN, Mohd Isa menjawab Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang paling diberi gelaran itu.
"Beliau (Anwar) sudah enam tahun masuk penjara dan kemudian bertanding balik semula. Kalau dia boleh bertanding, mengapa saya tak boleh. Anwar bukan kitar semula ke? Dia lagi kitar semula, sudah macam-macam masalah... jadi dia paling sesuai,” katanya. - Berita Harian
Comments
Post a Comment