Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Saturday, October 3, 2009

Penyokong Pas Bagan Pinang ganas - Abdul Azeez

PORT DICKSON 3 Okt. — Tindakan provokasi sekumpulan lelaki dipercayai penyokong Pas mengeluarkan kata-kata kesat malah menumbuk seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO mencemarkan proses penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang hari ini.

Insiden sama turut melibatkan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang nyaris-nyaris mengalami nasib sama ketika menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini.

“Ini bukan budaya kita, ini budaya samseng,” kata Abdul Azeez Abdul Rahim kepada pemberita di luar Dewan MPPD sejurus insiden berlaku.

Abdul Azeez, yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling, kesal dengan insiden yang beliau sifatkan paling teruk pernah dialaminya sejak mengikuti 11 pilihan raya kecil sebelum ini.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya sembilan penyokong Pas melepas tumbukan ke bahagian belakang lehernya sambil menunjukkan tompok-tompok kemerahan kesan pukulan di bahagian berkenaan kepada pemberita. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...