Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Saturday, October 3, 2009

TPM Iring Isa Dalam Hujan

By administrator | Category: Berita Utama

penamaan calon
10.00 Pagi – SPR mengumumkan masa penyerahan borang telah tamat; masa paparan borang dan bantahan sedang berlangsung selama satu jam.

Apa yang menariknya, BN membuktikan Satu Malaysia menjadi realiti apabila nama saksi, penyokong dan pencadang melibatkan berbilang kaum dengan Kanniah @ Kandiah a/l Narayanasamy sebagai pencadang, Kaw Yoh See selaku penyokong manakala saksi ialah Abdul Halim Mohamad.

******
PORT DICKSON, 3 Okt – Hujan yang turun dengan lebatnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang tidak melunturkan semangat para penyokong Barsan Nasional untuk bersama-sama calonnya Tan Sri Isa Abdul Samad ke pusat penamaan calon.

Tan Sri Isa tiba di pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil tersebut di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pukul 8.30 pagi.

Turut sama mengiringi beliau ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama dengan barisan pemimpin parti-parti kompenan BN termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hassan; Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam.

Turut sama hadir adalah Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dan Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim. - UMNO online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...