KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa insiden Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, ditumbuk semasa penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang semalam dicetuskan oleh penyokong Pas berdasarkan pakaian.
Menteri Besar Kelantan itu berkata pakaian adalah dalil atau bukti yang tidak boleh diterima.
"Sebab pakaian seragam sekarang boleh dibeli di mana-mana, malah uniform polis, tentera boleh dibeli untuk digunakan atas sesuatu tujuan atau niat mereka," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Serentak itu, beliau mahu penyokong parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, supaya berkempen secara aman dan baik.
Katanya, kejadian yang tidak diingini semasa pilihan raya tidak mencerminkan nilai-nilai murni dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan sebaliknya dilihat sebagai tidak bertamadun.
Comments
Post a Comment