Skip to main content

PAS Yang Sebenar!

By administrator | Category: Rencana

pas-gadai111

PAS yang ada hari ini ternyata tergelincir jauh dari landasan asalnya apatah lagi apabila kepimpinan mereka sekarang sanggup mengorbankan idealogi, matlamat dan fahaman kononnya mengikut perkembangan semasa lantaran daripada desakan oleh segelintir pihak.

Perlu difahami bahawa PAS yang mencanangkan kepada rakyat merekalah satu-satunya parti yang benar-benar Islam, berjuang atas syariat Islam dan demi mempertahankan maruah bangsa dan agamanya gagal melaksanakan sebagaimana dikata.

1. PAS seringkali mendakwa UMNO tersasar daripada landasan Islam yang sebenarnya malahan Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat sanggup membuat tuduhan kepada UMNO dan ahli-ahlinya berkaitan Islam yakni orang UMNO tidak akan masuk syurga.

2. Lantaran terdesak mendapat sokongan dari kaum lain, Nik Aziz juga baru-baru ini menyatakan sanggup membuka keahliannya kepada mereka yang bukan beragama Islam. Ini kerana, katanya sudah sampai masanya keahlian dibuka kepada bukan Islam selaras dasarnya yang tidak berteraskan perkauman, dan bukan Islam juga boleh memegang jawatan dalam kerajaan jika mempunyai kefahaman mengenai Islam.

3. Pentadbiran PAS seringkali menimbulkan pertelingkahan dan kesangsian bukan sahaja berkaitan pentadbiran malah juga berkaitan dengan agama Islam.

4. PAS bertegas menggesa kerajaan sedia ada agar melaksakan hukum hudud sebagai kayu ukur terhadap keislaman para pemimpin UMNO dan sejak dahulu lagi, memang inilah idea yang diketengahkan oleh PAS. Apabila kerajaan berlembut dengan menyatakan tunjuk sebab mengapa perlaksanaan hukum hudud perlu diteliti dan didasari sehingga ke peringkat paling dasar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, PAS menolak alasan terbabit dan terus menuding jari mengatakan UMNO tidak bersungguh memperjuangkan Islam. Hakikatnya, perjuangan memartabatkan Islam bukanlah hanya setakat terletak kepada terlaksana atau tidak hukum hudud di Malaysia.

5. Pengukuran Islam bagi PAS amat mudah. Penguatkuasaan hukum hudud akan menghalalkan amalan politik wang, mencarut dan memaki hamun, memfitnah serta mengkafirkan saudara sesama Islam yang turut sama mengucap kalimah syahadah. Perjuangan memartabatkan Islam seharusnya dilihat daripada segi pengisian dan sahsiah peribadi terutama dalam kalangan para pemimpin yang menjadi contoh ikutan kepada rakyat sejagat.

6. PAS pernah mengecam UMNO di atas isu kilang arak di Selangor. Bagi PAS, UMNO tidak serius dalam memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Malangnya, hari ini, PAS bertindak jauh lebih teruk daripada UMNO. Bukan hanya setakat bekerjasama dengan DAP yang menolak Islam secara terang-terangan, PAS turut berkompromi dengan mereka dalam pelbagai perkara termasuklah isu kandang babi yang dipelopori oleh para pemimpin DAP.

7. Lebih teruk lagi, PAS bukan hanya setakat beralah sebaliknya menyatakan sokongan secara terbuka dengan pelbagai nas dan fatwa bagi meyakinkan rakyat bahawa sokongan ke atas usaha menternak babi secara besar-besaran di Selangor bukanlah suatu perkara yang salah sebaliknya jatuh hukum harus untuk bekerjasama dan saling bantu-membantu.

8. Jika dahulu PAS melarang pengikutnya makan makanan yang disediakan oleh orang-orang UMNO, hari ini PAS berubah wajah. Mereka bukan setakat hanya makan semeja dengan DAP sambil bergelak ketawa tetapi juga turut menyokong parti terbabit, berdiam diri dalam isu azan dan tulisan jawi sehingga ketua muslimatnya pernah dirakamkan memeluk erat wakil rakyat DAP yang disabitkan dengan kesalahan gambar lucahnya.

9. PAS hari ini semakin tenggelam daripada laungan perjuangan negara Islam terutama dalam beberapa siri pilihan raya kecil lewat belakangan ini kerana kempen pilihan raya mereka kini lebih menjurus kepada misi menjaga hati DAP dan PKR.

10. Demi undi dan kuasa, PAS sanggup mengambil jalan selamat dengan mengenepikan matlamat perjuangan asalnya. Melihat kepada keadaan PAS kini, parti ini seolah-olah semakin menggugurkan agenda negara Islamnya sesuai dengan tuntutan yang dikemukan DAP. Matlamat telah pun menghalalkan cara di bawah pimpinan sebuah parti yang mendakwa diri mereka adalah umat islam terbaik.

11. Kalau dahulu PAS dengan lantangnya menentang keras penerbitan Bible dalam Bahasa Melayu, hari ini PAS bukan setakat angguk bersetuju malah turut membenarkan ‘God’ atau tuhan di dalam Bible digantikan dengan perkataan Allah.

12. Apabila menjelang satu-satu pilihanraya, cogan kata yang di wawarkan ialah ‘Membangun bersama Islam’ tapi apa yang dibangunkannya; masjid sebuah pun tidak mampu dibangunkan seperti di Terengganu semasa pemerintahan PAS begitu juga di Kelantan, ‘Negara berkebajikan’ tapi kebajikan bagaimana yang diberikan kepada rakyat di Kelantan malah Perak juga yang di perintah sepenuhnya oleh PAS sebelum ini dan kini PAS for all yang dicanang-canangkan secara realitinya tidak banyak berbeza dengan ideology Malaysian Malaysia DAP. Apakah DAP telah berjaya ‘mensosialiskan’ PAS? Walau apapun, benarlah kata-kata bahawa pada akhir zaman nanti akan wujud golongan ulama yang menjual agamanya demi kesenangan dunia.

Fikirkanlah sendiri! - UMNO online

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T