Skip to main content

Sandiwara kononnya Pas tidak punya wang : Bagan Pinang, PAS Minta Rakyat Menderma…

By administrator | Category: Berita Lain

derma copy

PORT DICKSON, 1 Okt – Seperti yang pernah berlaku dalam pilihan raya-pilihan raya yang lalu, maka pakatan pembangkang khususnya parti PAS akan meminta derma daripada rakyat tempatan yang kononnya akan digunakan bagi menampung kos pilihan raya yang mereka sertai.

Dalam hal ini, penglibatan PAS untuk turut bertanding menerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.31 Bagan Pinang juga akan menggunakan cara sama iaitu dengan meminta derma apabila mewujudkan tabung pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Dengan meletakkan nama Bendahari PAS Negeri Sembilan, Md. Nor Rahman sebagai nama yang boleh dihubungi berkaitan hal tersebut, tabung ini juga mempunyai penamanya sendiri iaitu menggunakan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan.

Sesungguhnya, cara meminta sumbangan dan derma ini seringkali dilakukan khususnya membuat rayuan kepada ahli-ahlinya agar memberikan sumbangan untuk melancarkan operasi dan gerak kerja jentera PAS dalam pilihan raya.

Dilaporkan bahawa PAS meminta ahli-ahlinya bersedekah kepada parti kerana tidak mempunyai sebarang peruntukan bagi pilihan raya kecil.

Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa bagaimana mungkin PAS mampu untuk mentadbir dan membangunkan sesebuah kawasan sedangkan bagi menghadapi pilihan raya kecil sahaja perlu membuat rayuan dan sumbangan daripada orang ramai.

Lantaran itu, bukan sahaja untuk membangunkan kawasan Bagan Pinang yang sememangnya terkenal sebagai kawasan pelancongan malahan tentunya bukan sedikit kos yang diperlukan bagi memastikan kesinambungan pembangunan yang dilaksakan oleh BN mampu diteruskan.

Sesungguhnya, PAS telah menunjukkan ketidakmampuannya apabila untuk menjalankan pilihan raya kecil sedemikian sahaja perlukan ‘sedekah’ dari rakyat, dan bagaimana mungkin untuk menjaga kebajikan masyarakatnya sekiranya menang pula?

Tentunya, ini amat berbeza dengan BN yang tidak pernah meminggirkan rakyat yang mengundinya, iaitu dengan peruntukan yang ada maka tentunya pembangunan, kemajuan dan kebajikan dapat terus dijalankan. - UMNO online

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T