Skip to main content

Pembangkang Terdesak Tabur Fitnah dan Tuduhan Palsu

By administrator | Category: Berita Utama

isasamad-300x199

PORT DICKSON, 5 Sept – Kempen pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang semakin rancak dengan parti kedua-dua pihak iaitu Barisan Nasional (BN) dan PAS menggunakan sepenuhnya peluang yang ada.

Namun demikian, apa yang tidak menyenangkang berlaku lagi apabila pakatan pembangkang khususnya PAS menggunakan taktik lapuk mereka iaitu dengan menabur fitnah dan melemparkan tuduhan kepada BN.

Sememangnya ini bukanlah kali pertama berlaku apabila menjelangnya pilihan raya kecil, malahan tindakan PAS yang sering memburuk-burukkan BN apabila terdesak dengan pelbagai fitnah dan tuduhan telah pun diduga sejak awal lagi. Lihatlah buktinya:

Burukkan Kerajaan Pusat – Seakan menjadi lumrah, kerajaan pusat menjadi sasaran lantas apa sahaja yang dilakukan akan dianggap satu pembaziran. Terbaru, dalam sesi ceramahnya di Markas Dewan Ulama malam tadi, Exco Pemuda PAS Selangor, Kamal Ashaari mendakwa sepanjang enam bulan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pelbagai pembaziran dilakukan termasuklah pelancaran Formula 1 baru-baru ini. Kedangkalan para pemimpin PAS gagal berpandangan jauh untuk melihatnya sebagai satu pelaburan jangka panjang negara yang secara tidak langsung memberi pendedahan bukan sahaja kepada masyarakat antarabangsa tentang Malaysia tetapi juga kepada generasi pelapis berkaitan automotif dan teknologi terkini. Malahan, tindakan sama dilakukan oleh PAS ketika cadangan berkaitan pembinaan Koridor Raya Multimedia (MSC), litar lumba F1 Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Menara Kuala Lumpur (KLCC) termasuklah pembinaan jambatan Pulau Pinang sebelum ini.

Surat palsu – Dalam hal ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri turut kecewa dengan agenda pembangkang termasuklah dalam penyebaran surat palsu berkaitan pemilihan calon yang kononnya dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Fitnah PAS kononnya ahli Majlis Tertinggi (MT) menolak cadangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan kerana mahukan Isa.

Fitnah JKM – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut sama melahirkan rasa terkilannya berikutan tindakan pembangkang yang sanggup membuat cerita kononnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberi bantuan kepada penduduk Ladang Siliau sedangkan realitinya janji tersebut tidak pernah dibuat. Apa yang pasti, cerita tersebut dilakarkan oleh pembangkang dengan harapan agar penduduk kawasan tersebut beralih tumpuan kepada mereka ekoran fitnah yang sengaja ditaburkan terhadap BN.

Perpecahan dalaman – manipulasi PAS jelas untuk mewujudkan kesangsian bukan sahaja di kalangan rakyat tempatan tetapi juga hasrat menimbulkan kebencian kepada para pemimpin UMNO sendiri dengan harapan perpecahan yang mereka war-warkan benar-benar menjadi realiti. Sikap terbuka Menteri Besarnya, Datuk Mohamad Hassan diambil sebagai batu loncatan mencipta sandiwara baru untuk mengelirukan rakyat. Dakwa mereka, kononnya senario ini menggambarkan UMNO Negeri Sembilan berada dalam keadaan yang retak menanti belah sedang realitinya, mereka jahil menilai antara kesepakatan dan persefahaman dalam kelangsungan kepimpinan antara semua peringkat dalam UMNO, waima dalam kerajaan Pusat sekalipun. PAS turut mendakwa kononnya beberapa pemimpin kanan di Negeri Sembilan tidak sehaluan dalam menentukan hala tuju masing-masing sedangkan hakikatnya, PAS bertindak dangkal dengan sengaja melakukan tuduhan melulu bagi memesongkan persepsi rakyat, malah Muhammad Hassan juga menegaskan bahawa beliau sendiri telah mencadangkan nama Isa sebagai calon di sini, pada hari kematian ADUNnya lagi.

Projek pembangunan terbengkalai – Pemimpin PAS, Salahuddin Ayub juga membuat tuduhan terdapat banyak projek pembangunan yang terbengkalai sepanjang pentadbiran Isa iaitu bukan hanya di Bagan Pinang malah juga di Negeri Sembilan. Namun demikian, masyarakat tempatan lebih arif membuat penilaian dan tentunya lebih mengenali siapa Isa apatah lagi ketokohannya sebagai mantan Menteri Besar bersama-sama mengaplikasikan pembangunan Negeri Sembilan selama 20 tahun. Lantas jika mahu dibuat perbandingan antara kerajaan tadbiran PAS di bawah Menteri Besarnya Nik Aziz yang juga sekitar 20 tahun, tentunya akan nampak perbezaan ketara apatah lagi jika diukur dalam aspek pembangunan, kadar kemiskinan dan pelbagai lagi prasarana lain.

Undi Pos – PAS meragui undi pos terbabit atas dakwaan kononnya undi pos seperti askar dan polis tidak diberikan kebebasan dalam memilih dan melaksanakan tanggungjawabnya. Mereka tidak berpuas hati dengan penyeliaan undi pos di kawasan terbabit kerana kononnya telah dimanipulasi oleh BN. Sedangkan sebenarnya, seringkali berlaku dalam pilihan raya yang mana umumnya undi pos tidak memihak kepada parti pembangkang sebaliknya memberikan sokongan kepada calon BN. Lantas kerana itulah ia dipropagandakan untuk tujuan mengelirukan masyarakat.

Tidak cukup dengan itu, Dalam hal ini, fikirkanlah juga, apa yang mampu dilakukan oleh PAS selain daripada menyebarkan cerita-cerita palsu, memplagiat isu, memanipulasi fakta dan seterusnya melakukan provokasi kepada masyarakat tempatan.

Terbukti, PAS dan pakatan pembangkang sememangnya tandus dengan bahan cerita dan idea bernas apatah lagi untuk membicarakan soal pembangunan yang sememangnya gagal dilaksanakan oleh mereka di kawasan sendiri. - UMNO online

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T