Skip to main content

Jangan permainkan soal agama - Hisham

PORT DICKSON 5 Okt. - Pas perlu menjelaskan mengapa mereka membenarkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan membaca ayat suci al-Quran dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, cara yang dilakukan oleh pembangkang itu akan menyemarakkan perasaan marah di kalangan umat Islam kerana al-Quran yang suci itu seolah-olah telah dipersendakan begitu rupa oleh orang bukan Islam dalam kempen pilihan raya kecil.

''Orang ramai akan marah dan mereka (Pas) terpaksa menjawab, apa sebabnya mereka benarkan perkara ini berlaku.

''Mereka perlu bertanggungjawab terhadap perkara itu. Inilah kerakusan mereka semata-mata untuk meraih sokongan dan mungkin bertujuan mempopularkan politik mereka sendiri," kata beliau ketika ditemui selepas meninjau jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Rumah UMNO Terengganu di Batu 7, Teluk Kemang di sini hari ini.

Hadir sama bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dan lebih 117 anggota jentera UMNO dari negeri itu yang datang untuk membantu kempen pilihan raya kecil di sini.

Tambah Hishammuddin, beliau mahu memberi peringatan supaya soal agama tidak dipermainkan kerana akhirnya kesan buruk akan kembali kepada mereka.

''Jangan ingat orang ramai tidak tahu menilai apa yang telah mereka lakukan. Ini satu pengajaran kepada mereka," kata beliau.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, apa yang dilakukan itu akan didedahkan termasuk kisah pengundi hantu, rasuah, guna agama, tabur fitnah, memecah belahkan perpaduan dan sebagainya.

''Pada pilihan raya kecil ini, kita akan dedahkan semuanya. Ingat, jangan main-main soal agama ini," jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata peningkatan sokongan kepada calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad pada kempen pilihan raya kecil ini telah menyebabkan pembangkang hilang arah dan terus tertekan.

''Mereka yang dahulunya tidak menyokong, sudah kembali bersama kita (BN). Semangat mereka pada BN semakin berterusan.

''Saya percaya semakin dekat dengan hari pembuangan undi, pembangkang akan melakukan apa sahaja strategi.

''Saya berharap jentera BN akan terus bertahan dan jangan ikut dakyah mereka ini termasuklah mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh memecahbelahkan perpaduan," kata beliau.

Kata beliau, jika keadaan ini tidak dikawal, ia akan menjadi bahaya.

''Biarlah demokrasi berjalan seperti biasa. Jangan ikutkan emosi. Kita harap apa yang telah kita lakukan untuk rakyat, ia akan diterjemahkan dalam pilihan raya kecil ini.

''Calon kita, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad juga sudah serasi dengan pengundi dan kita akan terus membantu beliau untuk memastikan parti ini kembali mempertahankan kerusinya pada 11 Oktober ini," kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T...

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...