PORT DICKSON: Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, mendakwa beliau ditumbuk oleh kira-kira sembilan penyokong parti lawan ketika melintas masuk ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sebentar tadi hingga mengalami kecederaan di leher kiri.
Manakala Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaacob, yang turut berada di situ sempat dilindungi oleh pengawal peribadinya.
Azeez berkata, beliau akan mendapatkan nasihat ketuanya sebelum membuat laporan polis dan akan mendapatkan rawatan di hospital berhampiran. - Berita Harian
Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.
Memang penyokong pembangkang terkenal dengan sikap buas dan tiada disiplin. Apapun tak boleh salahkan mereka sangat kerna ketua mereka yang didik mereka jadi begitu.
ReplyDelete