Skip to main content

Menakutkan Pengundi : Lagi tindakan terdesak Pas

PORT DICKSON 8 Okt. - Ekoran terdesak, Pas kini sanggup membuat apa sahaja termasuk menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbentuk provokasi bagi tujuan menimbulkan kekacauan di kalangan penduduk Bagan Pinang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sendiri telah melihat SMS itu yang jelas mengajak anggota pemuda parti itu datang ke kawasan ini untuk berhadapan dengan jentera UMNO atas jihad fisabilillah.

Beliau yang hairan dengan tindakan terbaru Pas itu mengingatkan kepada semua pengundi supaya tidak mengendahkan SMS itu kerana ia semata-mata bertujuan menimbulkan suasana yang tidak stabil menjelang hari pengundian.

''Mengapa mereka kata jihad sedang jihad itu adalah untuk berperang. Saya yakin mereka melakukan perkara ini kerana Pas semakin terdesak dan semakin tertekan.

''Kini mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk membuat seruan jihad disebabkan tersebarnya berita yang tidak betul iaitu ada ahli mereka dikatakan telah dipukul oleh Pemuda UMNO. Ini semua bertujuan menakutkan pengundi di kawasan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pesta Tanglung Teluk Kemang di sini malam ini.

Muhyiddin menafikan beliau telah mengarahkan Pemuda UMNO turun ke Bagan Pinang untuk bertempur dengan Pemuda Pas

''Ini adalah perang saraf Pas kerana tertekan dengan kemungkinan besar mereka kalah di Bagan Pinang.

''Sebenarnya Pemuda Pas melalui ketuanya yang mengeluarkan arahan untuk jihad fisabilillah di Bagan Pinang,'' katanya.

Menurut Muhyiddin, tindakan Ketua Pemuda Pas jelas menghasut ahlinya melakukan kekacauan ketika kempen pilihan raya kecil di sini.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak keselamatan memandang serius perkara tersebut dan memastikan keadaan keselamatan di Bagan Pinang terpelihara.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebelum itu, Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub mendakwa markas Pas diserang oleh ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang berpakaian ala komando dengan bersenjatakan pedang samurai sehingga mencederakan ahli Pas.

Ekoran itu Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan menghantar SMS menyeru ahli-ahli Pemuda Pas berjihad fisabilillah dengan UMNO.

Dalam ucapannya itu Muhyiddin mempersoalkan, adakah berperang dengan UMNO itu jihad fisabilillah dan adakah itu merupakan kehendak Islam.

Justeru beliau meminta masyarakat harus bijak menilai siapakah Pas sebenarnya dan mereka tidak harus terpedaya dengan tindak tanduk parti itu.

''Saya tidak faham mengapa Pas sanggup berbuat demikian. Mengapa mereka sanggup menyebarkan SMS jihad fisabilillah. Mereka faham atau tidak pengertian jihad," katanya.

Sementara itu beliau berkata, BN sentiasa menghormati adat, budaya dan warisan milik semua kaum di negara ini kerana ia merupakan khazanah yang tidak ternilai di negara ini.

Comments

  1. Siapa yang tertekan UMNO ke PAS. Yang jelas UMNOlah sebab dah kalah 7 kali. Kalau di Bagan Pinang kalah juga alamat SAH UMNO dan BN akan berkubor tak lama lagi. Itu sebab guna samseng dan apabila PAS bertindak untuk menghadapi mereka melalui konsep jihad dikatakan PAS yang tertekan... piirah UMNO!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T