Skip to main content

'Rasul Melayu' kena 10 tahun

Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bharian.com.my


ABDUL Kahar dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.

Abdul Kahar turut didenda RM16,500, enam sebatan

SHAH ALAM: Lelaki yang mendakwa `Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad, dipenjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, dipercayai hukuman terberat pernah dikenakan bersabit kes penyebaran ajaran sesat.

Abdul Kahar, 59, yang mengaku bersalah terhadap lima tuduhan pindaan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995, turut diperintahkan menjalani pemulihan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam Baharu, pada enam bulan terakhir pelaksanaan hukuman penjara itu.

Sebaik hukuman dijatuhkan oleh Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad, anak-anak Abdul Kahar segera berkumpul di belakang kandang tertuduh dan menangis sambil berpelukan.

Sementara itu, seorang anak lelaki Abdul Kahar ditahan di luar kamar mahkamah selepas prosiding berakhir kerana dikatakan menunjukkan beberapa isyarat lucah.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Hidayat Abd Rani, berkata siasatan sedang dijalankan terhadap lelaki berusia 30-an itu yang memang dikehendaki Jais bagi membantu siasatan kes ajaran sesat yang pernah dibawa bapanya.

Jais akan mendapatkan perintah reman terhadap lelaki itu, hari ini, tetapi Mohd Hidayat yang dihubungi Berita Harian, tidak dapat mengesahkan mengenai dakwaan kononnya lelaki terbabit menggunakan pas media sebuah syarikat penyiaran untuk mengikuti prosiding, semalam.

Terdahulu, Abu Zaky ketika membacakan penghakiman setebal 55 halaman yang mengambil masa hampir dua jam, berkata berdasarkan fakta kes, jelas Abdul Kahar melakukan kelima-lima tuduhan itu dan mahkamah berpuas hati dengan pengakuan salahnya sebelum ini.

Abdul Kahar dihukum penjara tiga tahun dan enam sebatan bagi tuduhan mengikut Seksyen 7, iaitu menjelaskan doktrin palsu dengan menyatakan bahawa sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar saja dan ibadat haji adalah sia-sia dan merugikan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 8 (a) kerana mengisytiharkan diri Rasul Orang Melayu sedangkan pengisytiharan itu palsu serta bertentangan ajaran Islam, tertuduh dihukum penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau setahun penjara.

Tertuduh juga dihukum penjara masing-masing dua tahun dan denda RM4,500 atau setahun penjara bagi kesalahan mengikut Seksyen 10 kerana mempersendakan Islam dengan perkataan amalan yang berhubung dengan agama Islam serta tuduhan mengikut Seksyen 13 kerana menyebarkan pendapat yang bertentangan dengan fatwa.

Bagi tuduhan mengikut Seksyen 12, iaitu menghina pihak berkuasa agama dengan mengingkari dan melanggar arahan Mufti, Abdul Kahar dihukum penjara setahun dan denda RM3,000 atau setahun penjara.

Mahkamah memerintahkan hukuman bagi kelima-lima kesalahan itu dijalankan secara berasingan berkuat kuasa dari tarikh ditahan pada 16 September lalu.

Abdul Kahar yang tidak bekerja, didakwa melakukan kelima-lima kesalahan itu di sebuah rumah di 44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Ulu Klang, Ampang, Gombak, antara 19 Mei hingga 23 Jun 2005.

Dalam penghakimannya, Abu Zaky menegaskan sebagai ketua keluarga, Abdul Kahar sepatutnya menjalankan tanggungjawabnya seperti memastikan keluarganya menunaikan solat lima waktu, tetapi sebaliknya tertuduh mempersendakan ajaran Islam dan mengisytihar diri Rasul Melayu.

"Berdasarkan watak dan latar belakang tertuduh, tertuduh mengaku jahil dan tidak berpelajaran tinggi dalam bidang agama tetapi mahkamah yakin tertuduh seorang yang dewasa boleh berfikiran waras dan sepatutnya memberi pengajaran yang baik," katanya.

Abu Zaky berkata, tertuduh juga gagal membuktikan taubat nasuha yang dikatakan sudah dilakukannya, manakala peguam syarie yang mewakilinya gagal membuktikan tertuduh benar-benar bertaubat.

Beliau berharap tertuduh mengambil peluang di pusat pemulihan untuk bertaubat, mendalami agama Islam dan perbaiki diri.

Pendakwaan dilakukan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abd Hamid serta Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Muhamad Nazri Basrawi dan Zusyarafain Md Yusof, manakala Abdul Kahar diwakili peguam syarie, Norazmi Mohd Arif. - Berita Harian

Comments

  1. inilah rasu lera baru...mana pas. ini bukan musuh islam ka? bukan musuh pas ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T