Skip to main content

Sistem kuota dihapus

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini bersetuju menghapuskan sistem kuota bagi pemilihan dalam parti dan menambah bilangan perwakilan yang akan diberi hak dan kuasa untuk memilih pemimpin pada masa akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dengan keputusan itu, bilangan perwakilan yang akan diberi hak dan kuasa untuk memilih jawatan-jawatan tertinggi dalam parti adalah jauh lebih besar daripada 2,500 perwakilan yang dibenarkan sekarang.

Menurutnya, langkah itu bagi membanteras kegiatan politik wang selain menjadikan proses pemilihan lebih telus untuk menunjukkan UMNO benar-benar sebuah parti yang melibatkan seberapa ramai golongan dalam proses pemilihan pemimpinnya.

‘‘Ia mungkin melibatkan ribuan perwakilan tambahan yang akan diberi hak dan kuasa untuk memilih jawatan tertinggi dalam parti.

‘‘Asasnya mestilah lebih dilihat demokrasi dalam proses pemilihan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Mesyuarat MT hari ini adalah bagi membincangkan mengenai cadangan pindaan Perlembagaan UMNO yang akan dibentangkan pada mesyuarat agung khas pada Oktober ini.

Menurut Najib, pada dasarnya mesyuarat itu bersetuju supaya perubahan dalam sistem pemilihan UMNO perlu dilakukan.

Beliau bagaimanapun memberitahu, jumlah perwakilan yang akan dibenarkan membuat pemilihan semasa perhimpunan agung belum lagi diputuskan.

‘‘Apa yang belum kita putuskan secara muktamad adalah saiz perwakilan yang akan memilih jawatan-jawatan tertinggi dalam parti sama ada kita nak buka seluas-luasnya atau nak mengehadkan kepada perwakilan tertentu kerana ini melibatkan soal logistik dan persiapan yang perlu kita lakukan,” ujarnya.

Najib berkata, beliau mahu lebih ramai perwakilan diberi hak dan kuasa untuk memilih pemimpin supaya UMNO dilihat lebih demokrasi dalam melaksanakan proses berkenaan.

Mengenai penghapusan sistem kuota beliau memberitahu, MT berpendapat sistem itu tidak diperlukan, sebaliknya akan mewujudkan kriteria tertentu untuk jawatan-jawatan tertinggi yang akan dipertandingkan.

‘‘Tetapi kriteria untuk bertanding itu mestilah tidak dilihat sebagai mengongkong tetapi ia hendaklah lebih menjurus kepada kebebasan dan untuk menentukan mereka yang bertanding benar-benar memahami prinsip dan matlamat perjuangan parti,” jelasnya.

Beliau memberitahu, satu mesyuarat Jawatankuasa Biro Politik parti akan diadakan dalam masa terdekat untuk memuktamadkan cadangan pindaan berkenaan sebelum dibentangkan pada mesyuarat MT akan datang.

Menurutnya, mesyuarat berkenaan turut mengambil kira cadangan pindaan dari sayap-sayap UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri.

Mengikut sistem kuota, kelayakan untuk bertanding jawatan Presiden perlu mendapat pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada 191 bahagian UMNO, Timbalan Presiden (20 peratus), Naib Presiden (10 peratus) dan ahli MT (lima peratus). - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T