Skip to main content

Khalid Samad cuba tutup kelemahan

SEMUA orang arif peribahasa 'lempar batu sembunyi tangan'. Orang yang melempar batu cuba menyembunyikan tangan yang dilempar. Jika batu dilempar di kawasan tersembunyi, mungkin tiada mata yang nampak tangan siapa yang melempar.

Tetapi jika batu dilempar secara terang-terangan dengan sorotan wajah-wajah yang dikenali mewakili parti mana - sudah tentu tidak ada masalah untuk mengenal tangan yang melempar.

Sebab itu timbul kepelikan yang melampau apabila barisan pemimpin pakatan pembangkang terutama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak henti-henti menamakan UMNO sebagai dalang di sebalik perarakan menentang cadangan memindahkan tapak kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di Shah Alam.

Terbaru Yang Dipertua Pas Selangor itu menuduh pula UMNO sebagai perancang kekecohan dan 'kebiadapan' yang berlaku semasa sesi dialog antara penduduk di kawasan tersebut dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketika merujuk kepada 'dalang' insiden tersebut, Khalid dalam laman blognya antara lain berkata: "Semua tahu yang berperangai sedemikian bukan ahli Pas dan bukan PKR. Nafikanlah berapa kali sekali pun, rakyat tahu ini perangai UMNO."

Di bahagian penutup catatannya, beliau dengan mudah membuat rumusan: "Sambil semua perkara ini diusahakan, saya berharap semua bertenang dan bersabar. Insya-Allah masalah ini akan diselesaikan dengan baik walaupun UMNO berusaha untuk menggagalkannya. Itulah sahaja yang UMNO pandai buat. KACAU."

Mulia sungguh hati wakil rakyat Shah Alam itu apabila memuji ahli-ahli Pas dan PKR tidak berperangai biadap atau gemar menghasut orang lain untuk bertindak seperti apa yang berlaku semasa sesi dialog tersebut.

Sedangkan umum mengetahui sejauh mana 'beradap sopannya' ahli-ahli pakatan pembangkang dan 'kegemaran' mereka - berdemonstrasi, mencetuskan kekacauan, huru-hara hatta negara ini terbalik pun, tidak akan dihiraukan asal saja matlamat tersebut tercapai.

Siapa yang boleh lupa demonstrasi besar-besaran menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini dan ahli dari parti mana yang menjadi peserta terbesar sehingga mengganggu urusan harian warga kota dan mendatangkan kerugian kepada para peniaga?

Itukah adab yang dibangga-banggakan Khalid? Atau pada fikiran pemimpin itu, UMNO menjadi dalang di sebalik demonstrasi tersebut sehingga ahli-ahli yang beradab dan bersopan santun bertukar menjadi ganas dan bertindak semberono melanggar segala peraturan dan undang-undang negara.

Dan menyorot tuduhan UMNO mendalangi demonstrasi dan dialog berhubung cadangan pembinaan kuil itu, bodoh sangatkah peserta-peserta yang diakui turut menganggotai parti-parti pakatan pembangkang untuk digunakan oleh UMNO bagi mencetuskan suasana seperti itu?

Tidak berpendiriankah mereka sehingga sanggup 'diperalatkan' jika benar UMNO yang merancang supaya suasana dialog kononnya untuk mencari penyelesaian isu tersebut menjadi kecoh dan umpama manusia tidak bertamadun?

Sebab itu Khalid menuduh UMNO menjadi perancang malah menamakan menteri-menteri dalam Kabinet bersekongkol dalam kedua-dua kejadian yang hakikatnya tercetus akibat kegagalan pentadbiran kerajaan negeri menangani setiap masalah yang timbul secara bijak.

Untuk menutup kelemahan mereka - cara paling mudah seperti yang dilakukan oleh Khalid adalah dengan memindahkan kesilapan kepada UMNO, menuduh parti itu sengaja merancang demonstrasi dan kekacauan semasa dialog.

Hakikatnya, baik demonstrasi mahu pun apa yang terjadi semasa dialog itu adalah luahan rasa tidak puas hati penduduk terhadap kerajaan negeri. Isu cadangan pemindahan tapak kuil telah disuarakan sejak beberapa bulan lalu, tetapi tiada siapa yang menyahut.

Tiada tindak balas jauh sekali layanan di pihak pentadbiran untuk sekurang-kurangnya menyejukkan hati penduduk yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO dan pakatan pembangkang.

Kegagalan itu menyebabkan penduduk tidak berpuas hati lantas berarak sehingga berlaku pelbagai perkara di luar dugaan termasuk kemunculan 'kepala lembu' - insiden dikatakan di luar perancangan penduduk yang berdemonstrasi.

Kejadian yang melibatkan kepala haiwan bukan pertama kali di negara ini. Ia telah banyak kali berlaku sebelum ini, ada yang membawa kepala babi ke dalam surau tetapi tidak pula dituduh orang UMNO atau orang Pas atau orang DAP atau orang PKR yang menjadi dalangnya.

Inilah yang dinamakan 'denial syndrome'. Khalid cuba mengelabukan mata rakyat dengan membuat penafian berlapik. Walhal seperti yang diakui Penasihat DAP, Lim Kit Siang, keyakinan rakyat terhadap pakatan pembangkang kini goyah. Malah beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana beberapa isu gagal ditangani atau diselesaikan oleh pakatan pembangkang.

Mengapa pemimpin DAP boleh mengaku kelemahan mereka tetapi Khalid cuba menepis fakta yang boleh dilihat secara terang-terangan. Pemimpin Pas itu masih terus mahu menjadi jaguh sedangkan masalah yang terbentang di hadapannya belum dapat diselesaikan dengan baik.

Masih ada ada rasa tidak puas hati penduduk Seksyen 23 terhadap wakil rakyat mereka dan Menteri Besar yang diharap dapat menjadi pemudah cara bagi menyelesaikan isu tersebut dan bukannya dengan mengeluarkan kenyataan menambah kekusutan sedia ada.

Tidak terfikirkah Khalid apabila rasa tidak puas hati rakyat gagal dibendung, ia akan melimpah menjadi api kebencian lantas menyemarak membakar apa sahaja yang terlintas di hadapan mereka.

Kemarahan itulah yang menyebabkan suasana kalut dan maki hamun terhambur semasa dialog itu berlangsung. Ia bukan berpunca daripada orang lain atau didalangi oleh UMNO.

Segala-galanya bermula daripada sikap acuh tak acuh kerajaan negeri dan wakil rakyat Shah Alam itu sendiri terhadap isu yang dibangkitkan dan untuk menutup kesalahan tersebut maka selayaknya UMNO dikambing-hitamkan.

Sedangkan boleh saja orang lain menuding bahawa sebenarnya pakatan pembangkang yang menjadi dalang segala-galanya dengan satu tujuan - kerana mereka telah tahu di bahu siapa beban tersebut akan dipindahkan.

Hakikatnya, kemarahan yang mendorong tercetusnya penentangan dan demonstrasi bukan satu budaya, jauh sekali menjadi budaya UMNO.

Dan Khalid mesti ingat dalam setiap perancangan pandangan penduduk mesti diutamakan. Rakyat mengundi Khalid sebagai wakil rakyat justeru mereka mahu suara dan pandangan mereka diambil kira.

Apabila cadangan pembinaan kuil itu tidak mengambil kira sensitiviti serta pandangan rakyat maka natijahnya adalah penentangan yang berlaku semasa dialog tempoh hari. Dan ia dilakukan secara rela tanpa mana-mana parti perlu menjadi dalang. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T