Skip to main content

Eratkan lagi perpaduan


Noorainee Abdul Rahman menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan sambil diperhatikan Syed Ali Alhabshee (dua dari kiri) di Cheras, semalam.

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Badan-badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran menyokong gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan dengan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik sempena musim perayaan.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berkata, melalui cara itu, ia dapat mengeratkan lagi perpaduan rakyat selaras dengan apa yang dianjurkan melalui gagasan itu.

''Pendekatan 1Malaysia memberi kesan positif jangka panjang terhadap keutuhan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.

''Dengan memberi sedikit keprihatinan kepada mereka yang tidak bernasib baik ketika musim-musim perayaan, ia adalah cara terbaik untuk menyokongnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2009 kepada anak-anak yatim dan kurang berkemampuan anjuran Yayasan Pendidikan Cheras dan UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras yang juga Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Noorainee berkata, Konsep 1Malaysia terbukti menyerlah ketika umat Islam menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri apabila setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa turut menerima manfaatnya.

Dalam pada itu, Syed Ali ketika berucap pada majlis tersebut berkata, sumbangan dan bantuan yang disampaikan kepada lebih 300 pelajar sekolah pada majlis berkenaan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Katanya, ia adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pihak yang berkemampuan supaya golongan kurang bernasib baik mendapat perhatian sewajarnya.

Namun katanya, bantuan yang diberi tidak sekadar hanya kepada umat Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi juga kepada kaum lain.

Pada majlis itu, seramai 371 pelajar dari 36 buah sekolah menengah dan rendah yang merupakan sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras menerima bantuan sebanyak RM100 dan juga barangan makanan sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T