Skip to main content

Sahur bersama pekerja


MOHD. Ali Rustam beramah mesra dengan pekerja ketika bersahur di kantin Kilang Infineon, Batu Berendam, Melaka, pagi semalam.

MELAKA 11 Sept. - Seramai 400 pekerja kilang Infineon Batu Berendam dekat sini terkejut apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam datang ke kilang berkenaan untuk bersahur awal pagi ini.

Mohd. Ali meluangkan masa hampir dua jam bersahur bersama pekerja yang bekerja shift malam di kantin kilang tersebut.

Sebelum bersahur, beliau turut beramah mesra dengan semua pekerja kilang dan tidak ketinggalan menghidangkan sendiri juadah bersahur kepada mereka.

Turut hadir Naib Presiden dan Pengarah Urusan, Peter Bailey; Ketua Pegawai Kewangan, Reisinger Markus dan Pengurus Senior Perhubungan Pekerja, Haron Nurul Fadzli.

Rata-rata pekerja kilang yang ditemui melahirkan rasa terkejut dan terharu dapat bersahur bersama Mohd. Ali.

Asmawi Mohd. Mustapha, 38, berkata, sebelum itu, dia tidak percaya apabila diberitahu Ketua Menteri Melaka akan bersahur bersama mereka.

''Mulanya saya ingat rakan saya berseloroh dan saya langsung tidak mempercayainya tetapi sewaktu masuk ke kantin untuk bersahur saya terkejut melihat Mohd. Ali menghidangkan makanan," katanya.

Menurutnya, ini adalah pengalaman pertama dia berjumpa dan makan bersahur bersama Mohd. Ali.

Bagi Norayu Abdul Rahman, 21, pula, dia berasa bangga kerana berpeluang bersahur bersama pemimpin negeri.

''Macam tak percaya tetapi saya gembira kerana pemimpin yang kita sayangi sudi untuk datang dan bersahur bersama pekerja Infineo," katanya.

''Saya tidak sangka dapat melihat secara dekat dan dapat bercakap dengan Mohd. Ali," katanya.

Dia yang bekerja sebagai operator kilang, menyifatkan acara sebegini perlu dijadikan sebagai acara tahunan kerana dapat mendekatkan lagi seorang pemimpin dengan rakyat.

Seorang lagi pekerja, Daud Kasmani, 41, berkata, kehadiran Ketua Menteri Melaka benar-benar mengejutkan seluruh warga pekerja kilang Infineon.

''Macam tak percaya Mohd. Ali hadir dan bersahur bersama kami. Apa lagi yang boleh saya katakan adalah kami merasa sangat gembira," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T