Skip to main content

Diskaun raya 20 peratus


NIK AIRINA menunjukkan risalah panduan perjalanan Plus untuk cuti Aidilfitri pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Plus beri potongan mulai tengah malam hingga 7 pagi selama 6 hari

PETALING JAYA: Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) menawarkan diskaun tol sehingga 20 peratus kepada pengguna kenderaan kelas 1 di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Elite untuk enam hari sempena Aidilfitri kali ini.

Ketua Pegawai Operasi Plus Expressways, Nik Airina Nik Jaffar, berkata tawaran diskaun itu antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi pada 16, 17, 18, 22, 24 dan 25 September ini.

"Diskaun itu tambahan kepada diskaun 10 peratus yang sedia ada yang sedang dinikmati oleh pengguna kenderaan Kelas 1 di kedua-dua lebuh raya itu di luar waktu puncak setiap hari," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya diskaun itu sebahagian daripada Program Insentif Perjalanan menghargai pengguna lebuh raya seperti disaran Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor, baru-baru ini.

Nik Airina menasihatkan pengguna mematuhi Cadangan Jadual Waktu Perjalanan (JWP) ditetapkan Plus Expressways yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu.

Beliau berkata, JWP yang dikuatkuasakan untuk enam hari iaitu pada 18, 19, 22, 23, 26 dan 27 September ini.

"Kami menjangka jumlah trafik di lebuh raya kendalian kami, terutama Lebuh Raya Utara-Selatan akan meningkat secara mendadak kepada 1.3 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding sejuta kenderaan pada hari biasa.

"Jadi kami berharap pengguna dapat mengikuti jadual itu yang terbukti menjadi faktor utama menyumbang kepada kelancaran trafik di lebuh raya," katanya.

Beliau berkata, ketika perayaan Tahun Baru Cina lalu kira-kira 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti JWP.

"Risalah JWP akan diedar kepada pengguna lebuh raya mulai minggu depan di semua plaza tol utama di negara ini," katanya.

Sejumlah 2,500 kakitangan Plus dan 400 anggota polis dan St John Ambulans ditempatkan di plaza tol dan kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya bagi menghadapi peningkatan jumlah trafik. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T