SHAH ALAM: Exco Selangor, Ronnie Liu membelanjakan semua peruntukan tahunan berjumlah RM600,000 yang disediakan kerajaan negeri untuk pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran dalam tempoh Januari sehingga Julai tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Pembangunan negeri itu juga berjanji memberi sumbangan RM88,180 termasuk majlis makan malam kepada beberapa pertubuhan dalam DUN itu sejak Ogos sehingga hari ini.
“Peruntukan untuk setahun itu habis kerana terlalu ramai golongan miskin yang perlu dibantu, selain permintaan sumbangan pihak persatuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan,” kata Liu pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam. - Berita Harian
Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.
Comments
Post a Comment