SIK 10 Sept. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tujuan beliau untuk terus mengetuai hal ehwal Felda yang diasaskan oleh bapanya adalah kerana beliau mempunyai perancangan untuk membawa organisasi itu ke peringkat global.
“Dulu waktu jadi Menteri pun, saya pegang Felda dan kini dah jadi Perdana Menteri pun saya masih pegang (Felda) lagi.
“Percayalah masyarakat Felda dekat dengan hati saya macam ayah (Allahyarham Tun Abdul Razak) saya dulu juga dan masih ada agenda yang perlu saya selesaikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Rahmat Ramadan Warga Felda di Felda Teloi Timur, di sini hari ini.
Pada majlis itu, lebih 4,000 warga Felda dari Kedah dan Perlis menerima sumbangan duit raya bernilai kira-kira RM1.3 juta. - Utusan
Comments
Post a Comment