Skip to main content

'Saya cuma beri pandangan'

PETALING JAYA 11 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan kenyataan beliau dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil sebelum ini mengenai kelemahan Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu tidak mempunyai kaitan dengan pemilihan parti itu esok.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu menegaskan, beliau hanya memberi pandangan umum bahawa MIC tidak akan dapat dipulihkan selagi ia diterajui Samy.

Dr. Mahathir berkata, sebelum pilihan raya umum Mac tahun lalu lagi beliau sudah menyatakan dalam temu ramah bersama sebuah stesen televisyen bahawa MIC akan tewas selagi dikuasai Samy dan perkara itu menjadi kenyataan.

"Kalau dulu semua (orang India) sokong MIC, sekarang ini tidak ramai yang sokong dan mereka beri alasan yang sama iaitu mereka bosan dengan Samy yang mahu kuasai MIC sampai siapapun tidak boleh ambil alih daripada dia.

"Siapa yang jadi timbalan (dia), bila lama sikit dan nampak orang itu popular, dia cantaslah," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian Sumbangan Aidilfitri dan Penganugerahan Sri Cemerlang Piala Yang Dipertua Perkim kepada Kelab Perkim Universiti di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas kritikan Samy yang mendakwa beliau mencampuri urusan pemilihan parti itu dengan mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan maruahnya.

Kenyataan berbunyi Samy Vellu tidak membuat apa-apa untuk kaum India di negara ini disiarkan oleh akhbar Makkal Osai.

Dalam kenyataan itu, Dr. Mahathir berkata, kaum India tidak wajar menyokong Samy dan harus memilih pemimpin yang berkaliber seperti Datuk S. Subramaniam.

Mengenai dakwaan Samy bahawa beliau (Tun Mahathir) tidak pernah membantu orang India, beliau berkata, ia bukannya kali pertama disebut oleh Presiden MIC itu.

Katanya lagi, satu ketika dahulu Samy pernah membuat kenyataan yang sama dalam sebuah akhbar, tetapi kemudiannya menghubungi beliau di Syria untuk membuat penafian kononnya laporan itu tidak benar.

"Tetapi bila saya balik ke sini, akhbar itu tunjuk rakaman yang membuktikan memang benar dia kata saya tidak bantu orang India.

"Itu memang tidak benarlah, saya tolong semua kaum, bukan orang Melayu saja," katanya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut menafikan bahawa Subramaniam yang merupakan calon Timbalan Presiden dan seteru politik Samy cuba mendapatkan sokongan beliau untuk menang pemilihan esok. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T