Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Thursday, September 10, 2009

Majlis tadarus, khatam al-Quran


Rosmah Mansor menyampaikan bunga telur kepada hadirin yang hadir pada majlis Tadarus dan Khatam al-Quran di Sri Satria, Putrajaya semalam.

ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan majlis Tadarus dan Khatam al-Quran di kediamannya di Sri Satria, Putrajaya, semalam.

Ibu Perdana Menteri yang juga ibu mentua Rosmah, Tun Rahah Mohd. Noah antara peserta majlis khatam al-Quran tersebut.

Majlis dihadiri kira-kira 50 tetamu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ahli-ahli Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta rakan-rakan beliau.

Juara pertandingan menghafaz al-Quran 30 juzuk peringkat kebangsaan, Muhammad Ahmad Zahid, 14, turut memperdengarkan bacaannya pada majlis tersebut. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...