Skip to main content

Suasana sedih rakaman takbir raya di Penjara Kajang

KAJANG 11 Sept. - Suasana sedih menyelubungi majlis rakaman takbir sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disertai kira-kira 200 banduan, kakitangan penjara dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Penjara Kajang di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, program itu benar-benar menginsafkan dan beliau amat memahami perasaan para banduan terlibat yang terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di dalam penjara serta terpisah dengan ahli keluarga mereka.

''Saya sudah membuat tinjauan di Penjara Kluang, Johor sebelum ini dan Penjara Kajang adalah yang kedua, tetapi program ini amat terasa sedihnya. Saya bersyukur tidak berada di dalam seperti mereka (banduan).

''Bukan semua orang berpeluang bertemu dengan banduan, jadi perlu diingatkan pada masyarakat yang sering lupa tentang kelebihan, keistimewaan dan kekuatan negara bangsa kita dan melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang kerana pertimbangan-pertimbangan lain,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai majlis rakaman takbir Hari Raya Aidilfitri bersama 200 banduan dan kakitangan Penjara Kajang untuk Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di Surau Penjara Kajang di sini hari ini.

Turut serta Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Zulkefli Omar.

Hishammuddin berkata, mungkin ada di kalangan banduan telah bertaubat, tetapi itulah hukuman yang terpaksa dilalui apabila mereka tidak berfikir panjang dan terlalu emosi.

Pada majlis yang sama, Hishammuddin turut menyerahkan bayaran zakat fitrah berjumlah RM1,099 yang diterima daripada 74 penghuni penjara untuk disampaikan kepada wakil Pusat Zakat Selangor yang merupakan titik peluh banduan itu sendiri hasil kerja-kerja kemahiran yang dilakukan mereka di dalam penjara.

Seramai 58 banduan turut terlibat dalam program tadarus al-Quran yang dijalankan pada sepanjang bulan Ramadan. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T